Wajah di usia 30-an, riang. First time dapat kamera digital… kemudian dicetak pakai pencetak warna…. Canggih, waktu itu…
Wajah di usia 30-an, riang. First time dapat kamera digital… kemudian dicetak pakai pencetak warna…. Canggih, waktu itu…
Semasa aku kecik-kecik dulu, sering aku terdengar orang-orang tua bermain kut. Termasuk mak dan ayah aku bermain kut dengan rakan-rakan mereka.
Bila menjejak usia remaja, aku pun terlibat sama main kut, dengan kawan-kawan sekolah. Sehari 20 sen. Banyak tu… sekali dapat RM5.00!
Pelik bunyinya…. kut!
Awal tahun 80-an, aku berhijrah ke KL, belajar setahun kemudian kerja. Punyalah lamanya bekerja di KL sehingga aku memperolehi cucu! Aku tidak terlepas bermain kut. Tetapi di KL bukan kut, tetapi sebutannya telah berubah jadi kutu. Rupa-rupanya orang Utara sebut kut. Kelakar gak la… main kutu… (kutu kat kepala kah?)
Untuk mengelak daripada terlupa membayar kutu, aku ada buku catatan. Kiranya tempat aku detailkan budjet bulanan. Takut terpakai duit gaji yang ngam-ngam untuk sebulan.
Bayangkan aku bermain kutu seminimum mungkin iaitu RM50.00. Pernah jugak aku cuba RM150.00, tapi sengsara… Last sekali aku terikat sebanyak RM50.00 sebulan.

Kini aku masih lagi bermain kutu dengan kengkawan. Walaupun aku tidak lagi tinggal dan kerja di KL. Jauh tidak menjadi masalah kerana wang kutu akan ditransfer melalui bank kepada Ketua Kutu yang kami panggil Kak Ros – sejak bertahun-tahun….
Kisah adik-adik aku (dua orang), pernah berhadapan karenah Wan (bukan nama sebenar) berusia 6 tahun di salah sebuah rumah keluarga angkat mereka.
Keletah Wan yang suka menguasai keadaan membuatkan adik-adik aku yang berusia 16 tahun ke atas pening kepala. Semuanya dikuasai Wan, hatta keluar kerja awal pun di komplen nya. Balik awal pun tidak miss daripada komplen Wan.
Adik-adik aku puas jugaklah menakut-nakut Wan. Mengacah Wan. Pelbagai cerita hantu, jembalang… sikit pun Wan tak kisah. Malah Wan akan tertawakan mereka pula….
Satu hari… jeng jeng jeng (muzik background) adik-adik aku termasuk abang dan kakak Wan berpakat menjayakan satu misi. Wah macam misi mustahil bunyinya…
Pakatan mereka menjadi. Bila sudah ramai-ramai berkumpul, sambil sembang-sembang… Datang Wan mengomel itu dan ini. Tetapi tidak dihiraukan, seolah-olah mereka tidak nampak Wan.
Hik hik hik… nak tahu apa jadi lepas tu…
Wan menangis-nangis. “Ni Wan… ni.. Wan…”Namun mereka masih pura-pura tidak nampak Wan.
Akhirnya setelah sekian lama mereka ‘kerjakan’ Wan, pecahlah gelak ketawa riuh rendah dalam rumah. Kelakar dan kesian tengok Wan merayu-rayu, agar semua orang dalam rumah itu nampak beliau.
Ambek ngkau!
Salam hormat.
Blog ini adalah kisah suka-suka penulis. Untuk kongsi cerita. Memeriahkan alam.
Di sini bukan tempat untuk jadi rujukan, cuma bacaan santai.
Maklumat yang ada adalah sumber pembacaan dan alam sekeliling penulis.
Sayang anda semua....
Terima kasih.
EvoLve theme by Theme4Press • Powered by WordPress abu punyer :: abunyer
menceritakan 'kisah kehidupan' alam sekeliling dia....
|| siapa komen? ||